BLOG CHADAZT

Kumpulan Artikel
SELAMAT DATANG, DISINI TEMPAT BERBAGI PENGETAHUAN, PENGALAMAN, DAN WAWASAN"

KUNJUNGI JUGA

Sabtu, 10 Desember 2011

Perbedaan di antara SDRAM, DDR dan RDRAM

  • SDRAM (Synchronous Dynamic RAM)

   SDRAM (Synchronous Dynamic RAM) adalah Type RAM yg dikeluarkan pada tahun 1996. SDRAM merupakan RAM yg sangat popular, dan mampu bertahan lama didalam perkembangan system komputer. SDRAM mempunyai term Synchronous Dynamic, iaitu kemampuan RAM untuk menyamai clock dengan clock processor. Jika clock RAM dan processor sama, so system komputer akan berjalan seimbang kerana aliran data diantara kedua duanya berjalan lancar. Ciri ciri SDRAM ialah memiliki 168-pin, 3.3V & FSB 100/133 MHz. Sekarang  SDRAM sudah tidak digunakan lagi oleh mana mana platform komputer, dan ianya nya terakhir digunakan pada Pentium 4 versi generasi pertama. Jenis jenis SDRAM : SDRAM 32, 64, 128, 256, 512MB PC100/133.






Jenis Jenis RAM













  • DDR (Double Data Rate)

   DDR adalah Type RAM yg merupakan kesinambungan dari teknologi SDRAM. DDR dibuat pada tahun 2000. DDR pertama kali dibuat sebagai pesaing utama dari memory RDRAM yang dikembangkan oleh Intel dan Rambus pada awal generasi Pentium 4,dan menjadi mainstream dari platform komputer sekarang. Ciri ciri DDR pula adalah 184-pin, 2.5V & FSB 266/333/400 MHz. Secara teorinya DDR mempunyai kemampuan pengolahan dua kali ganda dibandingkan dengan SDRAM, Ini adalah kerana ianya mampu membawa 2 bit pada satu clock dibandingkan dengan SDRAM yg hanya 1 bit. DDR masih lagi digunakan pada berbagai platform yang ada, seperti Pentium 4 & Celeron.


  • DDR2 (Double Data Rate Generation 2)

  DDR2 merupakan generasi lanjutan dari DDR dengan menambah ciri ciri, seperti penggunakan IC BGA (Ball Grid Array) yg tahan panas & FSB yang lebih tinggi.Ciri ciri DDR2 adalah 240-pin, 1.8V & FSB 400/533/667/800 MHz. DDR2 memiliki kapasiti yang lebih besar dari DDR, dimana ianya boleh didapati dalam kapasiti 2GB / modul. Di masa sekarang DDR2 telah menjadi standard untuk semua platform Intel 2006 dan seterusnya. Jenis jenis DDR2 : DDR 256, 512, 1.024 MB PC3200/4300/5300/6400.


  • RDRAM (Rambus Dynamic RAM)

  RDRAM adalah Type RAM yg pertama kali diperkenalkan pada tahun 1999. RDRAM merupakan RAM yg menggunakan teknologi baru yg dikembangkan oleh Rambus. RDRAM mempunyai kemampuan bandwidth yg menyamai keperluan bandwidth pada processor Intel Pentium 4. Teknologi Dual Channel pertama kali diperkenalkan oleh RDRAM. Berbeza dengan yg lain,RDRAM mempunyai ciri ciri pengolahan data secara Serial, dibanding SDRAM & DDR yg mengolah data secara Paralel.Ciri ciri teknikal dari RDRAM adalah 184-pin, 2.5V & FSB 800, 1.066 dengan 16-bit (2 byte). Di masa kini,semua jenis RDRAM tidak digunakan lagi pada komputer kerana harganya yg terlalu mahal dan performance-nya sudah pun dapat ditandingi oleh DDR/DDR2. Jenis jenis RDRAM : RDRAM 64, 128, 256, 512MB PC800/1.066 MHz.

0 komentar:

Poskan Komentar

NEWS

Loading...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More